CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 27 September 2011

Zoom Awek Terkencing ! Cobaan Bunuh Diri !!

Memalukan!! Janganla Korang Buat Benda Cmni!





 
Gejala Bunuh Diri Di Kalangan Muslim
 
Ironinya sebab untuk bunuh diri dalam salah satu kes di atas amat remeh, seorang anak gadis kecewa sebab dimarahi teman lelaki lalu terus naik bangunan 10 tingkat untuk cuba bunuh diri. itu di antara kes-kes yang dilaporkan di media utama, belum lagi melibatkan kes-kes terpencil yang tidak dapat diliputi oleh media.

Melihat dari kes ini dapat dibuat satu pandangan umum bahawa tahap keimanan di kalangan sesetengah anggota masyarakat Muslim terlalu lemah dan rapuh sehinggakan alasan dan sebab yang remeh di jadikan sebab untuk menderhaka kepada Allah S.W.T.

Mungkin pada pandangan mata kasar masyarakat Muslim hari ini dilihat telah maju, moden dan berpendidikan tinggi namun hakikat sebenarnya pengisian rohani amat kosong dan lemah. Semakin maju ke depan, semakin lemah pula iman dan keyakinan kepada Allah S.W.T, itu sebab wujudnya banyak intelek-intelek Muslim yang sudah pandai mempertikaikan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan pelbagai alasan dan justifikasi logik akal fikiran semata-mata, sedangkan mereka sedar akal fikiran yang mereka gunakan itu juga sebenarnya di kurniakan oleh Allah S.W.T untuk mereka berfikir mencari kebenaran, bukan menambah kefasikan.

Dan yang lebih menyedihkan lagi golongan intelek sebeginilah yang menyebarkan pula pandangan dan fahaman mereka kepada masyarakat umum dan ditambahkan pula faktor jaringan atau ‘networking’ dengan pengamal media arus perdana semasa.

Tegahan Dan Larangan Bunuh Diri

Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

1. firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195);
2. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu 
    (al-Nisa’, 4:29);
3. Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:
1. baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34); dan
2. sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, kita dapat membuat beberapa kesimpulan berkaitan dengan kedudukan nyawa dan sejauh mana manusia itu mempunyai hak terhadapnya:
1. Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya;
2. Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah biarpun di dalam suasana yang lain kadang-kadang kita diwajibkan berkorban hinggakan kepada mengorbankan nyawa sendiri, tetapi ini tidaklah dikira sebagai membunuh diri kerana ada sebab-sebab lain yang lebih besar mengharuskannya, malah kadang-kadang pula diwajibkan kita berkorban seperti berjihad kerana mempertahankan agama, negara dan kehormatan diri dari serangan musuh dan sebagainya; dan
3. Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

Issh, tengok ayat “dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya” daripada sabda Nabi Muhammad S.A.W tu. Ayat selama-lamanya tu bermaksud kekal, dan tidak akan berubah dan tiada noktah. Alangkan ruginya mereka menderhakai sifat maha Pengasih dan maha Penyayang Allah S.W.T.

1 comments:

IXORAROXI said...

Salam ziarah, saya link ya
Tau takut nak terjun..apasal tak terjun je tu..Iman dah tak ada, itu yang sanggup buat semua tu..Nauzubillah

Post a Comment